Isnin, 13 Jun 2011

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

1 ulasan:

jab sp berkata...

Sebaik sahaja keputusan pemilihan kepimpinan PAS Pusat di ketahui pada pagi 04/06/2011,UMNO bagaikan hysteria seolah menerima suatu khabar yang paling menakutkan mereka.
Kemudian ditambah dengan ucapan ucapan TGHH dan TGNA ,seolah dunia kiamat bagi UMNO telah hampir tiba.
Dan para ahli PAS dipeingkat bawahan menerimanya pula sebagai satu tanda positif bahawa tanda tanda kemenangan menambat hati rakyat-pengundi telah dibuka luas.
Ulasan ulasan dalam FB mula mencurah masuk,antaranya beberapa pandangan supaya dilakukan beberapa pertukaran PJ negeri negeri ,hinggakan aku pun terbawa bawa dalam “perbahasan” yang tidak bermanaafaat ini.Antara nama yang dikemukakan supaya ditukar adalah PJ Kedah.Sebagai ahli PAS Kedah tentu aku tidak mahu ahli PAS luar yang tidak tahu apa yang sebenar berlaku pandai pandai membuat percaturan kerana jika silap ia pasti maranapkan.Maka aku pun mempertahankan lah PJ Kedah dengan pelbagai alasan dan pandangan.
Dalam pada itu aku juga bersetuju dengan beberapa hujah dalam blog dan FB yang mahu perubahan drastic dilakukan selari dengan kehendak perwakilan yang diterjemahkan dalam senarai pemilihan,tapi bagi menyejuk hati tentulah alasan dicari sebagai justifikasi bahawa Tuan Guru Presiden pasti akan berunding dahulu dengan lain lain tokoh kepimpinan sebelum line up terkini diumumkan.
Kelmarin ,barisan apa yan dikatakan Barisan Pilihan Raya akan datang telah diumumkan.Cantik dan molek dengan senarai yang tidak memeranjatkan. Dan paling paling tidak memeranjatkan ialah rupanya masih ujud kehendak manoriti masih lagi menguasai kehendak majoriti.Angin perubahan hanya sempat bertiup sekejab sahaja.Dengan begitu banyak pro dan ilmuan dalam PAS ianya belum dapat menandingi kehebatan Mustafa Ali sebagai SU dan Abd Halim Abdul Rahman sebagai Bendahari.

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri