Isnin, 15 Jun 2009

Bisul-Bisul Dalam Serban Pas

tulisan AZIZI ABDULLAH

Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin. Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?
Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hata di kepala yang memakai serban. Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun, yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih. Semua bermatlamat satu; berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.
Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.
Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas. “ Jangan tinggalkan kami” , kata mereka. Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah.
Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.
Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?Di Pinggir Neraka?
Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional. Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?
Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin.
Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan.Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya. Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini.
Maka apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.
Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas. Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.
’Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang. Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.
Apa Kayu Ukur Ulama?Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok. Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.
Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama?Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi. Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Nasrudin Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama.
Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama? Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA. Inilah satu tanggapan yang silap.
Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.
Inilah kesilapan kita. Ulama Bukan Penghurai Masalah? Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah. Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.
Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar. Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.
Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar. Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.
Kerajaan perpaduan Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:

1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?” Begitu yang lain bertanya pula.

Ahad, 31 Mei 2009

Menghadiri Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan di Kelang

Tulang Belakang Kelab Penyokong PAS

TG Dato' Nik Aziz merasmikan Konvensyen

rangoli

perwakilan Merbok
sesi soal jawab

antara perwakilan yang hadir

Jumaat, 29 Mei 2009

Pengajaran berguna dari PKS untuk PAS

Parti Keadilan Sejagat(PKS) begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Indonesia. pimpinan dan kader-kader mereka turun padang mendekati rakyat marhein di negara yang mempunyai umat Islam terbanyak di dunia. Gerak kerja dan program PKS di senangi dan ditunggu-tunggu. Hasilnya tahun 2004, PKS berjaya memenangi hati rakyat dengan menang pilihanraya Parlimen di kota-kota besar seperti Jakarta dan Bandung.

Antara rahsia kejayaan PKS ketika itu ialah mendekati rakyat marhein dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan miskin dan tertindas. PKS disenangi semua golongan termasuk yang bukan Islam.


Malangnya ketika pilihanraya Parlimen 2009 baru-baru ini, undi rakyat Indonesia untuk PKS merundum dengan teruknya. PKS kehilangan kawasan-kawasan yang pernah dimenanginya dulu.


Penganalisisi politik Indonesia mengandaikan PKS tersilap strategi dan kesilapan membaca politik terkini. Antara yang kesilapan terbesar PKS ialah mendampingi Parti Golkar dan keluarga Suharto. Menjelang pilihanraya parlimen, ada pimpinan PKS menghadiri majlis anjuran Golkar dan keluarga Suharto. Bahkan pimpinan mereka memuji "jasa" Suharto dan mengangkat Suharto sebagai Pahlawan Nasional (negarawan).


Pimpinan PKS tidak memahami perasaan rakyat terhadap Suharto dan Golkarnya. Selama lebih 30 tahun, jiwa dan perasaan mereka ditindas oleh Suharto dan kroni-kroninya. Suharto dan Golkar membolot hasil mausul bumi Indonesia. Suharto dan keluarganya bertambah kaya raya, rakyat menderita di dunia kemiskinan. Apabila kezaliman Suharto sampai kemuncaknya, rakyat Indonesia bangkit dengan reformasi gulingkan Suharto. Perjuangan dengan darah dan airmata.


Apabila pimpinan PKS mula memuji Suharto, itulah bermulanya detik kekalahan PKS dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ini. Mungkin segala kebajikan dan kebaikan PKS untuk rakyat marhein sudah dianggap kosong gara-gara pujian buat Suharto.


PKS perlu bangkit semula. Pelajari kesilapan dan ambil pengajaran. Barangkali PKS perlu bangkit dengan angka "zero". Rakyat Indonesia menolak PKS atas sebab puji Suharto dan anggap beliau sebagai Pahlawan Nasional.


PAS perlu pelajari nasib yang dialami oleh PKS. Jika di Indonesia Suharto dan Golkar adalah nama yang amat dibenci oleh golongan marhein. Golongan marhein mengingati kezaliman dan kejahatan Suharto dan Golkarnya. Mereka gunakan ABRI(tentera) sebagai alat perkakas untuk tindas rakyat bagi kekalkan kekuasaan mereka selama 30 tahun.


PAS kena ingat dan tahu serta memahami perasaan golongan marhein. Di Malaysia, Mahathir itu umpama Suharto dan UMNO itu umpama Golkar. Manakala ABRI macam PDRM.


Baik Najib, Mahathir dan UMNO adalah nama-nama yang tidak diingini oleh golongan marhein Malaysia. Janganlah cuba berbaik-baik dengan mereka. Nanti PAS akan alami nasib seperti PKS.


Jika atas nama berdakwah, bukan masanya dan masa kini tidak sesuai untuk kerja tersebut. Sasaran dakwah PAS kini adalah golongan marhein dan non muslim. Buat sementara waktu abaikan dulu golongan "karat hijau".


Kepada pimpinan PAS, cukuplah dulu anda semua bersusah payah menghadiri dan menadah telinga dengar leteran Mahathir. Nanti nasib anda semua jadi seperti PKS ! Mohon dijauhi Allah Taala .

Selasa, 26 Mei 2009

Kepimpinan Baru dan Bakal

Mursyidul Am

YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat



Presiden
YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
(menag Tanpa Bertanding)


CALON-CALON TIMBALAN PRESIDEN


3 Calon Timbalan Presiden dari kiri: Hj Mohamad Sabu, Dato' Paduka Hj Husam Musa dan Ustaz Nasharudin Mat Isa (Penyandang)


CALON-CALON NAIB PRESIDEN
YB Dato' Hj Mahfuz Omar


YB HJ Salahudin Ayob


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man



YB Dr Mujahid Yusof Rawa

YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah

Isnin, 25 Mei 2009

Amaran Haron Din: Awasi Musuh Dalam Selimut

PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti - demikian amaran Timbalan Mursyidul Amnya, Dato' Dr Haron Din, lapor Jamadie Shah Othman untuk Malaysiakini.
Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan."Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.


"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini."(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.


"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."Dr Haron, yang menarik diri baru-baru ini daripada persaingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS, menggesa parti itu menyediakan garis panduan yang lebih ketat dalam pelantikan barisan pemimpin kanannya.


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas ucapan dan saranan Dr Haron ini ketika dihubungi selepas program tersebut petang ini. Program ini khas untuk PAS dan wartawan tidak dibenarkan menghadirinya tetapi beberapa kerat kenyataan tersebut - difahamkan daripada teks ucapan 10 halaman - didedahkan kepada media oleh peserta.


Seminar hari ini - dibuat bersempena sambutan 25 tahun kepemimpinan ulama yang jatuhnya pada 2007 - menimbulkan kontroversi dalam PAS apabila dibuat menjelang muktamar dan pemilihan parti antara 5 hingga 7 Jun di Shah Alam.


Sesetengah pihak dalam parti itu mendakwa seminar anjuran Dewan Ulama ini yang diwajibkan kepada pemimpin PAS kawasan, wakil rakyat dan ahli jawatankuasa pusat parti hanya didominasi pembentang kertas kerja dan pengulas daripada aliran pro-muqabalah. Beberapa peserta yang dihubungi berkata sesetengah pemimpin PAS yang hadir tidak senang dengan kenyataan tokoh ulama itu yang disifatkan mengkritik aliran pro-Pakatan Rakyat atau dikenali juga "kumpulan Erdogan.


"Pembentang-pembentang lain termasuk bakal ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib - yang dikatakan pro-muqabalah - tidak mengambil peluang menghentam pihak lain.Sementara beberapa peserta lain enggan mengulas kenyataan kontroversi tersebut - dipercayai bagi menjaga imej parti di mata umum.

Jumaat, 22 Mei 2009

BN Jangan Bazirkan Wang Untuk Sertai PRK Manik Urai

PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.
"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah."Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi. Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai. Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang

Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 0.26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746

2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352

Jumlah undi: 10,332

Peratus mengundi: 84.05%

Undi rosak: 192

Selasa, 19 Mei 2009

Timbalan Presiden: YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Tarik Diri

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.
Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.Dalam satu kenyataan hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun, lapor Bernama.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

Azizan adalah antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan tersebut. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Turut dicalonkan ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PAS akan punyai kompleks moden dan hebat

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.
Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.
Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya. Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.
Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti. Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.
“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Isnin, 18 Mei 2009

Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden

BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.
Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.
"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.
Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.
"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidengan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.
"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.
Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi adalah rakyat, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.
"Bagiamanpun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabakan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.
Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.
PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain.
Menurutnya, laporan media kononya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam. "Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih parabut, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya.

Pilihanraya Negeri Perak: Siap Sedia

N05 Selama
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
….Majoriti 355
N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66
N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95
N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
....Majoriti 555
N23 Manjoi
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
....Majoriti 348
N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
....Majoriti 14
N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
....Majoriti 454

jadi.. pakat pakat bersedia semua petugas PAS

AMPUN TUANKU
BUBAR DUN
BUBAR DUN
BUBAR DUN

Sabtu, 16 Mei 2009

Himpunan Ukhuwah

Ketua Urusan Ulama' dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Merbok telah mengadakan satu program yang dinamakan Himpunan Ukhuwah di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, 15 Mei lalu.
Program ini menghimpunkan semua AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda dan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Merbok bagi sesi 2009-2011.

peserta mendengar taklimat dari Ketua Urusan Ulama' PAS Merbok Ustaz Mohd Noor Zakaria

sesi ta'aruf sedang berjalan

makan malam disediakan

YDP menyampaikan amanat

Pengerusi Lajnah Tarbiyah yang juga Naib YDP sedang menyampaikan taujihad

sesi meredakan ketegangan

penuh bersemangat...

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang banyak berjasa terutama kepada Parti Islam Semalaysia

daripada PAS Kawasan Merbok

Jumaat, 15 Mei 2009

Calon-calon Yang Layak Bertanding

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

Isnin, 27 April 2009

Foto Mesyuarat Agung Kali Ke-25

mendendangkan lagu rasmi PAS

ucapan Persamian oleh Ustaz Idris Hj Ahmad

ucapan Wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
YB Senator Hj Mohd Yusof Hussin

saf kepimpinan di atas pentas

antara perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan

proses pengundian sedang berjalan

Ustaz Che Ani sedang memasukan kertas undi ke dalam peti

Ahad, 26 April 2009

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali Ke 25

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Merbok Kali Ke 25 tekah selesai berlangsung di Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM) pada 25 April lalu.
Mesyuarat agung yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Ustaz Idris Hj Ahmad, AJK PAS Pusat menyaksikan Hj Mat AKhir Thalib berjaya mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan yang disandang selama lima penggal.

Senarai penuh keputusan pemilihan PAS Kawasan Merbok.

Yang Dipertua
Hj Mat AKhir bin Thalib

Timbalan Yang Dipertua
Hamdan Mohamed Khalib

Naib Yang Dipertua
Ahmad Fakhrudin Fakhrurazi

Ketua Urusan Ulama'
Ustaz Mohd Noor bin Zakaria

Ahli Jawatankuasa

1. Azizan Hamzah
2. Muner Che Ahmad
3. Abdul Halim Abdullah
4. Che Ani Lazim
5. Md Rawan bin Sudin
6. Ahmad bin Arifin
7. Ilias Ibrahim
8. Jamaiyah Ismail
9. Fathorahman bin Hj Ahmad
10. Mohd Asri Salleh
11. Fadzil bin Hj Ali
12. Rosli bin Bashah
13. Khairudin bin Saad
14. Sudin bin Noor
15. Mohd Suhaimi Hj Saad
16. Fauzi bin Ramli

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri