Jumaat, 22 Mei 2009

BN Jangan Bazirkan Wang Untuk Sertai PRK Manik Urai

PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.
"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah."Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi. Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai. Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang

Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 0.26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746

2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352

Jumlah undi: 10,332

Peratus mengundi: 84.05%

Undi rosak: 192

Tiada ulasan:

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri