Selasa, 19 Julai 2011

Tahniah MB Azizan !! Terbongkar Enakmen Yang Disorok UMNO-BN Kedah !!


Rupa-rupanya langkah kerajaan negeri Kedah untuk menghalang aktiviti maksiat di bulan puasa adalah termaktub dalam enakmen undang-undang negeri Kedah sejak 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO ketika mereka memerintah negeri jelapang padi itu.

'Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997' menyatakan terdapat beberapa jenis hiburan (seperti yang dicadang oleh MB Azizan) tidak boleh diadakan pada hari Jumaat dan juga pada sepanjang bulan Ramadhan. Suatu perkara yang harus melegakan setiap umat Islam ialah MB Azizan sebenarnya tidak memandai-mandai dalam tindakkannya malah membuat keputusan bijak apabila membangkitkan isu larangan ke pusat hiburan ketika Ramadhan. Setelah masuk tahun ketiga menguasai Kedah, kali ini PAS Kedah bersedia untuk melaksanakan undang-undang tersebut tanpa mempedulikan tekanan dari mana-mana pihak.

MB Azizan melakukan sesuatu yang dituntut yang juga sememangnya telah wujud dalam enakmen undang-undang negeri. Ia dilihat bijak dan terpuji apabila dalam masa yang sama (ketika mengumumkan larangan tersebut), beliau mengusahakan kolaborasi bersama dengan syarikat hiburan agar bekerjasama supaya tiada umat Islam yang dibenarkan masuk ke dalam premis hiburan pada bulan puasa. Cuma bab persefahaman ini tidak dibangkit ketika pengumuman larangan dibuat kerana ia masih diperingkat perbincangan. Tidak salah membangkitkan larangan tersebut lebih awal untuk mendapat respon yang diharapkan.

Akhirnya Islam menang di kalangan umatnya di Kedah dan juga di kalangan bukan Islam apabila pihak kerajaan negeri dan pihak pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk hanya membenarkan premis hiburan milik mereka dikunjungi oleh bukan Islam sahaja dan bersedia menghadapi hukuman jika gagal dalam MoU Ramadhan ini.

Tahniah kepada PAS kerana berjaya membuka mata rakyat Malaysia dengan terdedahnya enakmen yang selama ini 'disorok' kerajaan UMNO sebelum ini demi mengaut keuntungan dari maksiat yang berlaku di kalangan umat Islam negeri Kedah dan juga dalam masa yang sama, menangguk undi bukan Islam semahunya. Tidak timbul soal PAS Kedah tunduk kepada siapa-siapa, tetapi rupa-rupanya Barisan Nasional dan UMNO Kedah lah yang telah tunduk kepada tokey-tokey kemaksiatan.

Walaupun tindak-tanduk MB Azizan sebelum ini tidak disenangi oleh segelintir pihak, ia tidak bermakna kita menolak usaha murni yang membawa hasil positif ke atas umat Islam khususnya.

Ikuti sebuah laporan yang saya petik dari blog Poji Topeng Perak berkenaan enakmen yang disorok UMNO-BN;


Pusat Hiburan: UMNO Patut Malu


Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

Khamis, 7 Julai 2011

Sambutan Hebat Ceramah Timbalan Presiden di Merbok

Ribuan rakyat hadir dalam Majlis Penerangan Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Merbok yang diadakan di Madrazah Zubaidiyah, Merbok kelmarin.
Majlis yang ditukar lokasi disaat akhir itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, YB Chong Eng, MP Bukit Mertajam dan YB Senator Saiful Izham Ramli.
Perhimpunan itu berlangsung hangat dalam suasana yang aman dan harmoni kerana telah dikawal ketat oleh pasukan keselamanan di semua penjuru dan jalan masuk di Merbok.

kerinduan pada Abang Mat terubat

ribuan yang hadir



YB Chong Eng yang berjaya mencuri tumpuan


Dato' Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok menyampaikan ucapan aluan



kenangan Timbalan Presiden, Timbalan YDP Kawasan dan Naib Ketua Pemuda Kawasan

MAJLIS BACAAN YASIN PEMBUKAAN MARKAS PAS CAWANGAN SG JAGUNG










Majlis bacaan surah Yasin dan tazkirah telah diadakan pada 30 hb Jun 2011 bertempat di markas PAS cawangan Sg Jagung,Sg Petani.Majlis tersebut telah diadakan sempena pembukaan dan bermulanya operasi markas PAS di cawangan tersebut.Majlis telah mendapat sambutan yang amat luarbiasa daripada ahli-ahli PAS yang hadir samaada dari cawangan tersebut ataupun cawangan yang berjiran. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Urusan ulamak PAS Kawasan Merbok,Ust Mohd Zahir Ghazali seterusnya beliau telah menyampaikan tazkirah ringkas kepada hampir 200 orang ahli-ahli PAS yang hadir.

Di antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan adalah berkaitan sejarah markas bagi perjuangan Islam,kepentingan adanya ahli-ahli PAS yang mampu membangunkan aktiviti di markas dengan berbagai program samaada yang berbentuk luaran dan dalaman.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PAS kawasan Merbok, YB Dato Dr Hamdan bin Mohd Khalib yang turut memberikan taujihat di dalam majlis tersebut.Tahniah PAS cawangan Sungai Jagung !

Isnin, 4 Julai 2011

Mari Bersama Timbalan Presiden PAS di Merbok

ISA: Mohamad Sabu kesal laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan Sinar Harian hari ini bahawa beliau dan pemimpin PAS sedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.

Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.

Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.

"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.

“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.

Ahad, 3 Julai 2011

Pelancaran Gerakerja MTD Bukit Selambau

Dato' YDP PAS Kawasan melancarkan Gerakerja MTD Bukit Selambau

Setiausaha JPN Kedah menyampaikan taklimat kepada wakil wakil UPU

antara wakil-wakil UPU yang hadir

Sabtu, 2 Julai 2011

Ceramah Penerangan

melepas kan burung merpati sebagai simbolik kebebasan


YB Salahudin Ayob, Naib Presiden sedang menyamaikan ucapan

Dato' YDP PAS Kawasan Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri