Rabu, 25 Ogos 2010

Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan. "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185) Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan. [Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.] Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar,

maksudnya:

"[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian. (Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.) Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel. Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut. "Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51) Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri. Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut. Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94) Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal. Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata. "Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj. Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..." Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain. Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain. Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia. Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar." Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat. Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Bulan Pesta Ibadah atau pesta makan minum?

Janganlah jadikan Ramadhan bulan pesta makan minum
Ramadhan bukan bulan pesta makan dan menjamu selera
Ramadhan adalah bulan pesta ibadah
Ibadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahaja
Hati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaan
Janganlah lahirnya sahaja cerah
Tapi hati kita gelap-gelita
Di masjid di bulan Ramadhan jangan dimeriahkan dengan berbual-bual dan gelak ketawa
Membawa cerita yang sia-sia
Ia adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada Tuhan
Mempertajam rasa kehambaan di dalam jiwa
Lahirnya meriahkan dengan sedekah
Terutama kepada fakir miskin
Menolong orang yang susah dan derita
Batinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Kuasa

Ramadhan, Rahmat Allah Terbuka Luas



Bulan Ramadhan rahmat Allah segala-galanya terbuka luas
Berkatnya terbuka luas di mana-mana
Keredhaan-Nya terbuka sepanjang Ramadhan
Keampunan-Nya terbuka siang dan malamnya
Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat
Ia diganda-gandakan dibandingkan di bulan biasa
Rahmatnya melimpah ruah
Kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
Tapi mampukah kita memperolehi itu semua?
Layakkah kita mendapatkannya?
Kitakah orangnya yang memperolehi keistimewaan itu?
Kalaulah di bulan Ramadhan itu lahir kita sahaja yang meriah
Disambut pula dengan pesta makan minum
Fikiran dan jiwa kita tidak pun berubah
Maka keistimewaan Ramadhan bukan untuk kita
Keistimewaan itu adalah untuk orang yang bertaqwa

Selasa, 25 Mei 2010

MULIANYA ORANG YG PEMURAH DISISI ALLAH

Siapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.Adakah besi itu hebat? Tidak juga. Kerana sekeras mana pun
besi, dia boleh dilebur dan dicairkan oleh api.
Bagaimana pula dengan api. Adakah dia yang hebat? Tidak.
Sepanas mana dan sebesar mana pun dia membakar, dia boleh
dipadamkan oleh air.
Sehebat mana pula air? Tidak sehebat mana juga. Bila ditiup
angin, dia akan berombak, bertukar menjadi wap, akhirnya
menjadi awan dan dibawa ke mana-mana oleh angin.

Sehebat mana pula angin? Angin juga tidak hebat. Sekencang
mana pun dia bertiup, kencang lagi seorang hamba yang
menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan
Allah. Hamba yang banyak menderma dan mengorbankan wang
dan harta bendanya ke jalan fisabilillah, itulah makhluk yang
paling hebat di sisi Allah.

Kenapa di situ Allah letakkan kehebatan hamba-Nya? Kenapa
pada derma dan pengorbanan hartanya? Kenapa tidak pada
sembahyangnya? Kenapa tidak pada puasanya? Kenapa tidak
kepada amalan hajinya?
iapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.
Kerana untuk ibadah sembahyang, hanya perlu pada
pergerakan tubuh badan dan bacaan. Kalaupun ada ujian dalam
sembahyang, ia hanya ujian pergerakan tubuh dan ujian lisan.
Ini dikira mudah. Ia tidak sakit. Ia tidak perit.

Adapun dalam ibadah puasa, ia ujian kepada perut dan kemaluan
kerana perlu “imsak” (menahan) kehendak dan kemahuannya.
Ini juga dikira mudah. Hanya perlu menanggung
lapar dan dahaga dan menahan syahwat.
Dalam ibadah haji pula, terdapat ujian kepada seluruh
anggota badan dengan segala kesulitan yang perlu dilalui
sewaktu mengerjakan ibadah haji. Bersejuk berpanas. Berlapar
dan dahaga. Hilang keselesaan dan kerehatan. Segala-galanya
sukar dan susah. Namun ini masih dianggap mudah. Keperitan
hanya kepada anggota lahir.

Ini semua sangat berbeza dengan ibadah zakat dan berkorban
harta benda untuk agama dan fisabilillah. Berpisah dengan harta
dan wang ringgit yang disayangi tanpa nampak apa-apa untung
atau balasan, ini bukan mudah. Melepaskan harta benda dan
wang ringgit yang susah payah dicari dan dikumpul hanya untuk
dibelanjakan kepada orang lain yang tidak pun dikenali, ini
sangat payah. Sebab kali ini, bukan setakat ujian pada pergerakan
tubuh badan dan lisan seperti dalam sembahyang. Bukan lagi
setakat ujian pada perut dan kemaluan seperti dalam berpuasa.
Bukan juga ujian kepada seluruh anggota tubuh badan yang
terpaksa menghadapi berbagai kesulitan seperti dalam ibadah
haji.

Mengorbankan harta benda dan wang ringgit ke jalan fisabilillah
ini bukan lagi ujian terhadap jasad lahiriah. Ia adalah
ujian yang menjurus terus kepada hati dan perasaan. Sebelum
harta benda mampu dikorbankan, perasaan perlu dikorbankan
terlebih dahulu. Iaitu perasaan cinta kepada mata benda dunia
melebihi cinta kepada Tuhan. Korban perasaan ini bukannya
mudah. Selagi perasaan cinta dunia dan cinta harta tidak mampu
dikorbankan, tidak akan berlaku pengorbanan harta, wang
ringgit dan kekayaan. Pengorbanan perasaan cinta dunia inilah
pengorbanan yang pertama, utama dan yang paling besar. Korban
perasaan inilah ibu segala pengorbanan. Ia langkah pertama
untuk menuju kepada Tuhan.

Tidak hairanlah mengapa hamba yang banyak menderma dan
banyak mengorbankan harta bendanya kepada jalan Allah itu
makhluk yang paling hebat di sisi Allah. Hatinya telah diserah
sepenuhnya kepada Allah. Inikan pula harta dan nyawanya.
Mudah sahaja ianya dikorbankan kepada jalan Allah. Orang
seperti ini, hatinya telah berhijrah ke akhirat. Dunia sudah menjadi
kecil baginya. Sebab itu tidak bermakna sembahyang seseorang
hamba, tidak bermakna puasa seseorang hamba dan tidak
bermakna haji seseorang hamba kalau sekiranya sebahagian dari
hartanya tidak diagihkan kepada agama, kepada fakir miskin
dan kepada anak-anak yatim. Kalau berlaku begitu maka sembahyangnya
dusta, puasanya dusta dan hajinya juga dusta. Bahkan
dia termasuk orang yang mendustakan agama

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri