Ahad, 30 November 2008

Pasukan Bola Kedah di Merbok

Merbok, 29 Nov 2008 - Jelajah Skuad Liga Super Kedah keseluruh negeri sampai ke vanue ketiga iaitu di daerah Kuala Muda. Berbagai acara telah diadakan seperti sesi beramah mesra dengan peminat, sumbangan kepada anak yatim dan perlawanan persahabatan bertempat di padang Maktab Rendah Sains Mara, Merbok di sini.
Hampir 5000 orang membanjiri padang MRSM Merbok untuk melihat dari dekat pemain kesayangan mereka. Rombongan pemain yang tiba dengan sebuah bas pada jam 3.30 petang diberi peluang untuk bersama penyokong setia mereka yang turut mengambil kesempatan mendapatkan tandatangan pada poster dan baju serta bergambar dengan pemain.
Selepas solat asar bejamaah bersama pemain dan pegawai pasukan, skuad hijau kuning telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Kuala Muda dimana berkesudahan Skuad Kenari berjaya menewaskan Pilihan Kuala Muda dengan 1 gol tanpa balas.
YB Dr Hj Hamdan Mohaemed Khalib dalam ucapan perasmiannya mengingatkan agar semua pemain bermain secara berhati-hatibagi mengelakkan kecederaan. Turut hadir Ustaz Azizan Hamzah. Setiausaha PAS Kawasan merangkap Pembentu Khas YB Tg Dawai dan beberapa orang AJK PAS Kawasan yang lain.
Ketua Jurulatih Kedah mewakili KFA menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Madrasah Zubaidiyah, Merbok.
Semua pemain dan pegawai turut diraikan dalam satu majlis makan malam ringkas dengan menu istimewa 'gulai ikan semilang' di Sungai Pial

solat asar berjamaah di khemah yang disediakan khas
sumbangan untuk anak yatim

Sabtu, 28 Jun 2008

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Merbok
Markaz PAS Kawasan Merbok (PUTIM), Pengkalan Kakap, Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri