Khamis, 23 September 2010
Rabu, 25 Ogos 2010
Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara
Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan. "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185) Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan. [Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.] Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar,
maksudnya:
"[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"
Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian. (Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.) Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.
Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat
Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel. Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut. "Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51) Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri. Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut. Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94) Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal. Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata. "Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)
Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.
Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran
Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj. Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..." Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain. Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain. Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia. Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar." Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat. Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.
Rabu, 11 Ogos 2010
Ramadhan Bulan Pesta Ibadah atau pesta makan minum?
Ramadhan bukan bulan pesta makan dan menjamu selera
Ramadhan adalah bulan pesta ibadah
Ibadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahaja
Hati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaan
Janganlah lahirnya sahaja cerah
Tapi hati kita gelap-gelita
Di masjid di bulan Ramadhan jangan dimeriahkan dengan berbual-bual dan gelak ketawa
Membawa cerita yang sia-sia
Ia adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada Tuhan
Mempertajam rasa kehambaan di dalam jiwa
Lahirnya meriahkan dengan sedekah
Terutama kepada fakir miskin
Menolong orang yang susah dan derita
Batinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Kuasa
Ramadhan, Rahmat Allah Terbuka Luas
Bulan Ramadhan rahmat Allah segala-galanya terbuka luas
Berkatnya terbuka luas di mana-mana
Keredhaan-Nya terbuka sepanjang Ramadhan
Keampunan-Nya terbuka siang dan malamnya
Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat
Ia diganda-gandakan dibandingkan di bulan biasa
Rahmatnya melimpah ruah
Kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya
Tapi mampukah kita memperolehi itu semua?
Layakkah kita mendapatkannya?
Kitakah orangnya yang memperolehi keistimewaan itu?
Kalaulah di bulan Ramadhan itu lahir kita sahaja yang meriah
Disambut pula dengan pesta makan minum
Fikiran dan jiwa kita tidak pun berubah
Maka keistimewaan Ramadhan bukan untuk kita
Keistimewaan itu adalah untuk orang yang bertaqwa
Selasa, 25 Mei 2010
MULIANYA ORANG YG PEMURAH DISISI ALLAH
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.Adakah besi itu hebat? Tidak juga. Kerana sekeras mana pun
besi, dia boleh dilebur dan dicairkan oleh api.
Bagaimana pula dengan api. Adakah dia yang hebat? Tidak.
Sepanas mana dan sebesar mana pun dia membakar, dia boleh
dipadamkan oleh air.
Sehebat mana pula air? Tidak sehebat mana juga. Bila ditiup
angin, dia akan berombak, bertukar menjadi wap, akhirnya
menjadi awan dan dibawa ke mana-mana oleh angin.
Sehebat mana pula angin? Angin juga tidak hebat. Sekencang
mana pun dia bertiup, kencang lagi seorang hamba yang
menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan
Allah. Hamba yang banyak menderma dan mengorbankan wang
dan harta bendanya ke jalan fisabilillah, itulah makhluk yang
paling hebat di sisi Allah.
Kenapa di situ Allah letakkan kehebatan hamba-Nya? Kenapa
pada derma dan pengorbanan hartanya? Kenapa tidak pada
sembahyangnya? Kenapa tidak pada puasanya? Kenapa tidak
kepada amalan hajinya?
iapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.
Kerana untuk ibadah sembahyang, hanya perlu pada
pergerakan tubuh badan dan bacaan. Kalaupun ada ujian dalam
sembahyang, ia hanya ujian pergerakan tubuh dan ujian lisan.
Ini dikira mudah. Ia tidak sakit. Ia tidak perit.
Adapun dalam ibadah puasa, ia ujian kepada perut dan kemaluan
kerana perlu “imsak” (menahan) kehendak dan kemahuannya.
Ini juga dikira mudah. Hanya perlu menanggung
lapar dan dahaga dan menahan syahwat.
Dalam ibadah haji pula, terdapat ujian kepada seluruh
anggota badan dengan segala kesulitan yang perlu dilalui
sewaktu mengerjakan ibadah haji. Bersejuk berpanas. Berlapar
dan dahaga. Hilang keselesaan dan kerehatan. Segala-galanya
sukar dan susah. Namun ini masih dianggap mudah. Keperitan
hanya kepada anggota lahir.
Ini semua sangat berbeza dengan ibadah zakat dan berkorban
harta benda untuk agama dan fisabilillah. Berpisah dengan harta
dan wang ringgit yang disayangi tanpa nampak apa-apa untung
atau balasan, ini bukan mudah. Melepaskan harta benda dan
wang ringgit yang susah payah dicari dan dikumpul hanya untuk
dibelanjakan kepada orang lain yang tidak pun dikenali, ini
sangat payah. Sebab kali ini, bukan setakat ujian pada pergerakan
tubuh badan dan lisan seperti dalam sembahyang. Bukan lagi
setakat ujian pada perut dan kemaluan seperti dalam berpuasa.
Bukan juga ujian kepada seluruh anggota tubuh badan yang
terpaksa menghadapi berbagai kesulitan seperti dalam ibadah
haji.
Mengorbankan harta benda dan wang ringgit ke jalan fisabilillah
ini bukan lagi ujian terhadap jasad lahiriah. Ia adalah
ujian yang menjurus terus kepada hati dan perasaan. Sebelum
harta benda mampu dikorbankan, perasaan perlu dikorbankan
terlebih dahulu. Iaitu perasaan cinta kepada mata benda dunia
melebihi cinta kepada Tuhan. Korban perasaan ini bukannya
mudah. Selagi perasaan cinta dunia dan cinta harta tidak mampu
dikorbankan, tidak akan berlaku pengorbanan harta, wang
ringgit dan kekayaan. Pengorbanan perasaan cinta dunia inilah
pengorbanan yang pertama, utama dan yang paling besar. Korban
perasaan inilah ibu segala pengorbanan. Ia langkah pertama
untuk menuju kepada Tuhan.
Tidak hairanlah mengapa hamba yang banyak menderma dan
banyak mengorbankan harta bendanya kepada jalan Allah itu
makhluk yang paling hebat di sisi Allah. Hatinya telah diserah
sepenuhnya kepada Allah. Inikan pula harta dan nyawanya.
Mudah sahaja ianya dikorbankan kepada jalan Allah. Orang
seperti ini, hatinya telah berhijrah ke akhirat. Dunia sudah menjadi
kecil baginya. Sebab itu tidak bermakna sembahyang seseorang
hamba, tidak bermakna puasa seseorang hamba dan tidak
bermakna haji seseorang hamba kalau sekiranya sebahagian dari
hartanya tidak diagihkan kepada agama, kepada fakir miskin
dan kepada anak-anak yatim. Kalau berlaku begitu maka sembahyangnya
dusta, puasanya dusta dan hajinya juga dusta. Bahkan
dia termasuk orang yang mendustakan agama
Isnin, 15 Jun 2009
Bisul-Bisul Dalam Serban Pas
Orang Pas kata kepada Umno, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekur. Ertinya kebobrokan Umno, kotor dan kelamkabutnya Umno adalah kerana pemimpin. Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau Umno kata, bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?
Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hata di kepala yang memakai serban. Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun, yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih. Semua bermatlamat satu; berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.
Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.
Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas. “ Jangan tinggalkan kami” , kata mereka. Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah.
Ia tidak bersifat profesional keagamaan. Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.
Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?Di Pinggir Neraka?
Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional. Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?
Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin.
Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan.Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya. Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini.
Maka apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.
Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas. Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.
’Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang. Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.
Apa Kayu Ukur Ulama?Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok. Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.
Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama?Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi. Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Nasrudin Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama.
Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama? Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA. Inilah satu tanggapan yang silap.
Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.
Inilah kesilapan kita. Ulama Bukan Penghurai Masalah? Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah. Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.
Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar. Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.
Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar. Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.
Kerajaan perpaduan Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:
1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.
“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?” Begitu yang lain bertanya pula.
Ahad, 31 Mei 2009
Jumaat, 29 Mei 2009
Pengajaran berguna dari PKS untuk PAS
Antara rahsia kejayaan PKS ketika itu ialah mendekati rakyat marhein dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan miskin dan tertindas. PKS disenangi semua golongan termasuk yang bukan Islam.
Malangnya ketika pilihanraya Parlimen 2009 baru-baru ini, undi rakyat Indonesia untuk PKS merundum dengan teruknya. PKS kehilangan kawasan-kawasan yang pernah dimenanginya dulu.
Penganalisisi politik Indonesia mengandaikan PKS tersilap strategi dan kesilapan membaca politik terkini. Antara yang kesilapan terbesar PKS ialah mendampingi Parti Golkar dan keluarga Suharto. Menjelang pilihanraya parlimen, ada pimpinan PKS menghadiri majlis anjuran Golkar dan keluarga Suharto. Bahkan pimpinan mereka memuji "jasa" Suharto dan mengangkat Suharto sebagai Pahlawan Nasional (negarawan).
Pimpinan PKS tidak memahami perasaan rakyat terhadap Suharto dan Golkarnya. Selama lebih 30 tahun, jiwa dan perasaan mereka ditindas oleh Suharto dan kroni-kroninya. Suharto dan Golkar membolot hasil mausul bumi Indonesia. Suharto dan keluarganya bertambah kaya raya, rakyat menderita di dunia kemiskinan. Apabila kezaliman Suharto sampai kemuncaknya, rakyat Indonesia bangkit dengan reformasi gulingkan Suharto. Perjuangan dengan darah dan airmata.
Apabila pimpinan PKS mula memuji Suharto, itulah bermulanya detik kekalahan PKS dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ini. Mungkin segala kebajikan dan kebaikan PKS untuk rakyat marhein sudah dianggap kosong gara-gara pujian buat Suharto.
PKS perlu bangkit semula. Pelajari kesilapan dan ambil pengajaran. Barangkali PKS perlu bangkit dengan angka "zero". Rakyat Indonesia menolak PKS atas sebab puji Suharto dan anggap beliau sebagai Pahlawan Nasional.
PAS perlu pelajari nasib yang dialami oleh PKS. Jika di Indonesia Suharto dan Golkar adalah nama yang amat dibenci oleh golongan marhein. Golongan marhein mengingati kezaliman dan kejahatan Suharto dan Golkarnya. Mereka gunakan ABRI(tentera) sebagai alat perkakas untuk tindas rakyat bagi kekalkan kekuasaan mereka selama 30 tahun.
PAS kena ingat dan tahu serta memahami perasaan golongan marhein. Di Malaysia, Mahathir itu umpama Suharto dan UMNO itu umpama Golkar. Manakala ABRI macam PDRM.
Baik Najib, Mahathir dan UMNO adalah nama-nama yang tidak diingini oleh golongan marhein Malaysia. Janganlah cuba berbaik-baik dengan mereka. Nanti PAS akan alami nasib seperti PKS.
Jika atas nama berdakwah, bukan masanya dan masa kini tidak sesuai untuk kerja tersebut. Sasaran dakwah PAS kini adalah golongan marhein dan non muslim. Buat sementara waktu abaikan dulu golongan "karat hijau".
Kepada pimpinan PAS, cukuplah dulu anda semua bersusah payah menghadiri dan menadah telinga dengar leteran Mahathir. Nanti nasib anda semua jadi seperti PKS ! Mohon dijauhi Allah Taala .
Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar
Saksikanlah Sendiri





