Selasa, 25 Mei 2010

MULIANYA ORANG YG PEMURAH DISISI ALLAH

Siapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.Adakah besi itu hebat? Tidak juga. Kerana sekeras mana pun
besi, dia boleh dilebur dan dicairkan oleh api.
Bagaimana pula dengan api. Adakah dia yang hebat? Tidak.
Sepanas mana dan sebesar mana pun dia membakar, dia boleh
dipadamkan oleh air.
Sehebat mana pula air? Tidak sehebat mana juga. Bila ditiup
angin, dia akan berombak, bertukar menjadi wap, akhirnya
menjadi awan dan dibawa ke mana-mana oleh angin.

Sehebat mana pula angin? Angin juga tidak hebat. Sekencang
mana pun dia bertiup, kencang lagi seorang hamba yang
menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan
Allah. Hamba yang banyak menderma dan mengorbankan wang
dan harta bendanya ke jalan fisabilillah, itulah makhluk yang
paling hebat di sisi Allah.

Kenapa di situ Allah letakkan kehebatan hamba-Nya? Kenapa
pada derma dan pengorbanan hartanya? Kenapa tidak pada
sembahyangnya? Kenapa tidak pada puasanya? Kenapa tidak
kepada amalan hajinya?
iapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit
itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia
boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.
Kerana untuk ibadah sembahyang, hanya perlu pada
pergerakan tubuh badan dan bacaan. Kalaupun ada ujian dalam
sembahyang, ia hanya ujian pergerakan tubuh dan ujian lisan.
Ini dikira mudah. Ia tidak sakit. Ia tidak perit.

Adapun dalam ibadah puasa, ia ujian kepada perut dan kemaluan
kerana perlu “imsak” (menahan) kehendak dan kemahuannya.
Ini juga dikira mudah. Hanya perlu menanggung
lapar dan dahaga dan menahan syahwat.
Dalam ibadah haji pula, terdapat ujian kepada seluruh
anggota badan dengan segala kesulitan yang perlu dilalui
sewaktu mengerjakan ibadah haji. Bersejuk berpanas. Berlapar
dan dahaga. Hilang keselesaan dan kerehatan. Segala-galanya
sukar dan susah. Namun ini masih dianggap mudah. Keperitan
hanya kepada anggota lahir.

Ini semua sangat berbeza dengan ibadah zakat dan berkorban
harta benda untuk agama dan fisabilillah. Berpisah dengan harta
dan wang ringgit yang disayangi tanpa nampak apa-apa untung
atau balasan, ini bukan mudah. Melepaskan harta benda dan
wang ringgit yang susah payah dicari dan dikumpul hanya untuk
dibelanjakan kepada orang lain yang tidak pun dikenali, ini
sangat payah. Sebab kali ini, bukan setakat ujian pada pergerakan
tubuh badan dan lisan seperti dalam sembahyang. Bukan lagi
setakat ujian pada perut dan kemaluan seperti dalam berpuasa.
Bukan juga ujian kepada seluruh anggota tubuh badan yang
terpaksa menghadapi berbagai kesulitan seperti dalam ibadah
haji.

Mengorbankan harta benda dan wang ringgit ke jalan fisabilillah
ini bukan lagi ujian terhadap jasad lahiriah. Ia adalah
ujian yang menjurus terus kepada hati dan perasaan. Sebelum
harta benda mampu dikorbankan, perasaan perlu dikorbankan
terlebih dahulu. Iaitu perasaan cinta kepada mata benda dunia
melebihi cinta kepada Tuhan. Korban perasaan ini bukannya
mudah. Selagi perasaan cinta dunia dan cinta harta tidak mampu
dikorbankan, tidak akan berlaku pengorbanan harta, wang
ringgit dan kekayaan. Pengorbanan perasaan cinta dunia inilah
pengorbanan yang pertama, utama dan yang paling besar. Korban
perasaan inilah ibu segala pengorbanan. Ia langkah pertama
untuk menuju kepada Tuhan.

Tidak hairanlah mengapa hamba yang banyak menderma dan
banyak mengorbankan harta bendanya kepada jalan Allah itu
makhluk yang paling hebat di sisi Allah. Hatinya telah diserah
sepenuhnya kepada Allah. Inikan pula harta dan nyawanya.
Mudah sahaja ianya dikorbankan kepada jalan Allah. Orang
seperti ini, hatinya telah berhijrah ke akhirat. Dunia sudah menjadi
kecil baginya. Sebab itu tidak bermakna sembahyang seseorang
hamba, tidak bermakna puasa seseorang hamba dan tidak
bermakna haji seseorang hamba kalau sekiranya sebahagian dari
hartanya tidak diagihkan kepada agama, kepada fakir miskin
dan kepada anak-anak yatim. Kalau berlaku begitu maka sembahyangnya
dusta, puasanya dusta dan hajinya juga dusta. Bahkan
dia termasuk orang yang mendustakan agama

Tiada ulasan:

Wira BERSIH 2.0 Merbok

Wira BERSIH 2.0 Merbok
Sdr Mohd Zal - Ketua Pemuda Cawangan Pantai CIcar

Saksikanlah Sendiri